Assalamualaikum, salam ramadhan
Harini, I decide untuk
menulis entry baru after a long time tak update this blog. I want to share to
you, dear reader, sebuah kisah yang membuat aku rasa apa yang orang lain penah
rasa. I know it’ll be kind of funny, tapi aku nak ceritra juga. Ketika aku
menaip cerita ni, air mata aku tak berhenti mengalir deras bila mengenangkan
segala memori yang telah tercipta. Aku tak dapat tahan air mata aku.
Kiki (kadang panggil
kii), ibu aku jumpa dia ni masa dia isi minyak kereta. Entah kenapa tiba-tiba
dia rasa nak bawa balik dia ni aku pun tak tahu. Kata ibu, masa dia pam minyak,
kiki duduk di sbeelah pam minyak tu, sambil temgok ke arahnya (dapat bayang macam
mana muka dia)Kata ibu dan adik-adik yang ikut, masa ibu ambil tu, dia senyap
je. Tak delah lompat-lompat macam yang lain. So, sampai rumah, adik pergi kat
bilik aku, kak,kak, ibu ada bawa balik dia. Cepatlah”. Aku pun pergi tengok,
apa yang excited sangat. First time tengok tu, macam terfikir juga, kenapa
pulak tiba-tiba bawa balik dia ni, tapi macam best jugak. Sekarang dah ada yang
sendiri punya. So kami decide utk jaga dia, beri makan,tempat tinggal,dan
mandikan dia. Adik aku yang number 5, areef sangat excited sebab dia memang
suka tapi sebab abah yang kurang suka, jadi tak dapatlah. Tapi sekarang, ibu
dah bawa balik, so pandailah kami kawtim kan.
Hari pertama kedua dan
ketiga tu, aku dah gelabah. Aku tak pandai nak jaga dia, nak mandikan dia, apa
petua,so search intenet, screenshot banyak-banyak. Siap Tanya kawan yang expert
tentang dia ni. Tapi, masa mula-mula, dia tak lalu makan. Beri wet food, tak nak
makan, minum air pun tak nak. Aku dah buntu, badan dia macam dah kurus sikit
sebab rasa tulang kat tengkuk.aku search lagi kenapa dia tak nak, Tanya kawan
yang expert gila dalam bab2 ni. Akhirnya, kawan aku ckp, biasalah, orang baru,
dia kena sesuaikan diri, kene selalu pelbagaikan makanan dia. After a few days
letter, dia okey. Aku rebus ikan, kasi dia makan banyak2 sebab matlamat utama
aku, aku nak dia gemok. Bialah malas pun,sebab dia manja. Lama-lama kenal dia
ni, dia baik, xbanyak cakap, redho je apa yangorang buat kat dia. Setiap malam,
kalau tak de apa-apa, aku duduk kat luar belai-belai dia sambal tunggu orang
balik solat terawih. Tak pernah keluakan senjata tajam dia yang menyakiti aku.
Baik sangat.
Ibu belikan syampu untuk
dia.Experience mandikan dia pertama kali, senang sangat. Senyap je dia. Adalah
gerak-gerak sikit sebab sejuk kot. Lepas tu,dah siap. Lepas dia main kat luar,
beri makan,main dengan dia. Areef yang paling rapat dengan dia. Asyik dukung je
kemana pergi, dia pun xbanyak songeh,redho je. Haha, kelaka bila fikir balik.
Areef lah rajin sangat melayan dia,sampaikan nak pergi sekolah pun nak ikut,
aku sampai kena dukung dia.comel sangat. Setiap kali abah pergi siram pokok,
dia mesti akan ikut. Teman abah, duduk sambal hayun-hayun ekor.abah kesana, dia
kesana, abah kesini,dia kesini.
tangan dia tak pernah keluarkan kuku utk sakitkan kami |
Satu hari, kami dengar
dia merintih, buka pintu rumah tengok dia kena buli! Areef cakap Kii sampai
terberak sebab kena buli dengan species yang bulu sama macam dia, tapi besar
sikit. Jahat sungguh! Kii sampai ketar-ketar masa aku gosok dia, dia jadi macam
takut sangat. So kami decide letak dia dalam sangkar jika malam tiba dan
lepaskan dia pada waktu siang sahaja. Hari tu kami bawa sangkar masuk dan letak
dalam rumah. Keesokkan hari pulak, dia kena buli lagi, kali ni sampai
terkencing. Ya Allah, jahat sungguh,Kii tu lembut, dan budak lagi. Malam tu, bawa masuk rumah lagi tapi kurung
dalam sangkar, tapi, malam tu pelik sangat. Adik, Firdaus cakap Kii macam
bising duduk dalam sangkar tu minta nak keluar, aku pfikir mungkin dia nak
buang air besar atau air kecik. So aku dukung dia bawa ke luar. Tunggu2, xde
pula, dia dating balik kat kita. Masa tu jam dah pukul 12.10 malam. Aku pun
bawa masuk balik Kii dalam sangkar.Elok nak tidur, Firdaus panggil lagi. Aku
pelik lah. Aku bawa keluar Kii, peluk dia, gosok-gosok dia. Diam kejap,lepas tu
dia round satu rumah! Kii berjalan dalam rumah kami, aku kena ikutlah, kalau
abah tahu, habislah. Dia buat perangai, bila masuk dalam sangkar balik, dia
melompat-lompat nak keluar, hulur tangan dia usap-usap paha aku dari dalam
sangkar untuk biar dia lepas dalam rumah tu, aku pun ikut jelah Kii mana dia
pergi. Macam tour guide pulak. Dia round satu rumah betul, then aku penat sebab
dah pukul 1 pagi. Last2,kurung dalam bilik air, esok pagi tengok, dia baring
tapi tak tidur, kesian pulak. Malam tu,Kii betul-betul uji sabar aku, tapi aku
tak delah mcm rasa nak marah2 sangat, Cuma penat jelah.Then dia kembali normal.
Kami ajar dia mcm tu, malam je, kami kurung, xsampai hati tengok dia kena buli.
2 hari sebelum tu, aku
terasa nak ambil gambar dia. Dia comel. Kalau bergurau, tak de dia saktkan
kami. Satu keluarga suka dia sebab dia baik sangat. Rasa rapat sangat dengan
dia. Hari sabtu tu, aku keluar, nak berbuka puasa dengan kawan, so aku keluar
awal. Pagi tu, Areef bawa Kii masuk. Macam biasalah, dia main galak sangat.
Masukkan dia dalam bakul baju,dia pusing-pusing main ekor dia.Kelaka gila. So,
masa aku nak keluar tu, aku pandang muka dia. Areef dukung dia.Aku usap-usap
dia, Comel macam selalu. Sayang sangat dengan Kii.
Tetapi, aku tak sangka tu
kali terakhir aku tatap wajah dia. Kii mati sebab tidur bawah kereta, abah tak
perasan. Dia berlumuran darah. Aku taka da masa tu. Ibu telefon beritahu masa
aku diluar, kata Kii dah tak de. Aku menangis. Menagis di tengah orang ramai.
Kami sekeluarga menangis lebih-lebih lagi areef. Dia menangis beria sangat.Kawan
baik dia dah tak de.Mati depan mata.Aku menangis even sampai sekarang sebab aku
terlalu rindukan dia. Rindu Kii.
Aku tahu, orang akan
gelak bila baca, kami menangis sebab seekor KUCING. Aku menangis tanpa henti
hanya sebab seekor KUCING?. Sebab itu aku cakap, tidak semua manusia
dikurniakan perasaan ini. Aku tidak pernah menangis kerana kucing sebab dulu
bagi aku ainya hanyalah haiwan. Tetapi, haiwan ini mengetuk hati dan perasaan
kita memberitahu apa itu rasa KASIH DAN SAYANG. And I feel it. Seminggu je
Allah beri pinjam makhluk dia ini kepada kami,untuk beri kami rasa kasih dan
sayang terhadap haiwan, dan memberi ketenangan kepada kami dikala diuji tika
ini.Rupanya, malam Kii berkelakuan aneh tu, dia nak tinggalkan memori dia
bersama aku.To make me Write And Remember.
Sekejap sangat rasa.Masih
Nampak Ki bermain dengan kami, makan,baring disisi kami. Allah, tiada yang
kekal dalam dunia ini. Kii ialah keluarga kami, kehilangannya beri impak besar
kepada kami sekeluarga.
Kii,terima kasih kerana
pernah hadir dalam hidup kami. Terima Kasih Allah kau kurniakan perasaan ini.
KII in Memory |
*salam ramadhan 10 malam terakhir*