Alhamdulillah, telah masuk hari yang ke 365 untuk tahun
2015. Tidak sedar sebenarnyakan, kita sudah dipenghujung tahun. Begitu juga
dengan saya. Bagi saya, tahun ini merupakan tahun yang banyak mengajar saya
erti kehidupan sebenar.
Awal bulan Januari : Praktikal di Media Prima Berhad,
dibawah stesen tv 3, diletakkan di program AlKulliyyah bersama penerbit, En
Ally Iskandar. Praktikal selama 4 bulan di media prima sangat membuka mata dan
hati saya yang bercita-cita untuk menjadi orang penyiaran. Jiwa membuak-buak
untuk belajar dan diajar. Orang kata, ini pengalaman emas lah bagi saya kerana
berpeluang untuk belajar di salah sebuah stesen tv yang hebat dinegara ini.
Hidup di negeri orang buat pertama kali benar-benar mengajar saya erti
kehidupan. Yelah, mana tidaknya, selama tiga tahun menuntu ilmu di negeri
sendiri,berdekatan dengan keluarga. Tapi,bila berjauhan, memang terasa seperti
setiap minggu nak balik. Namun, saya harus belajar untuk berdikari. Jika selama
ini saya seperti anak burung menunggu ibunya menyuap makan, kini saya akan
menjadi anak burung yang berdikari untuk menyuap makanan sendiri. Haaa.heee.
Kehidupan sebagai orang dewasa sangat rumit. It’s totaly complicated. Tapi kita
tidak dapat lari dari keyataan yang telah diatur oleh Pencipta kita. Yang muda
akan tua, kerana tiada yang kekal di dunia ini. Kini saya memahami. 4 bulan di
bandar utama menemukan saya dengan pelbagai ragam manusia. Dari pakcik teksi yang
selalu beri diskaun kat kami, dari pekerja restoran sebelah rumah kami yang
baik sgt,tukang masak abe-abe comey, orang-orang One Utama,produser
program,wartawan-wartawan sehinggalah orang-orang besar yang berkuasa tinggi.
Apa yang boleh disampaikan melalui kehidupan disini, cuba belajar dan kental
sama ada fizikal atau mental. That is the key to you to SURVIVE.
Akhir April : Praktikal tamat, balik ke Kuantan. Sedih
sebenarnya sebab ye lah, our passion. Bila ditawarkan kerja disana, tak nak
sebab alasan nak belajar. Sebenarnya, low self-esteem. Sebab since awal
praktikal, saya mengalami body bloob. In another term, berat naik mendadak dan
gemok sampai 104KG! From? 76KG! Saya stress sebenarnya. LHaha. Kerja banyak,
makan tak tentu, masalah itu masalah ini. Sebab tu saya ckp, nak jadi orang
penyiaran, kene kuat mental! Haha,kalau tidak,kamu kecundang. Lagipun saya nak
sambung belajar. Saya rasa saya tak ada skill untuk menjadi seorang wartawan.
Banyak menda saya kena belajar sebenarnya. Abg Ally selalu pesan, cari X-FACTOR
kamu. Tapi,saya tak jumpa. Saya segan,malu sebab kerdilnya saya diatas dunia
ini. Saya kena belajar. Setelah report disiapkan, saya berehat dirumah dan
kerap pandang ke cermin.hahah, well, i have no confident at all. So,saya apply utk
kemasukan degree di UITM.
Bulan Mei : Lepas semua dah settle, saya ambil lesen kereta.
Alhamdulillah, Allah beri rezeki amik lesen walaupun lambat. So, sepenuh bulan
saya dekat driving school. Ketar weh. Dengan bukitnya, zig zag nya. Belajar
punya belajar, kira dah cekaplah. Action skit. Sekejap je blaja, then trus
ambil ujian JPJ. Blaja sebelum ni dengan kereta kancil, tapi time test dapat
viva. What the. Tester pulak perempuan. Aigoo, bawak jelah kan. Tapi disebabkan
over confident, saya gagal atas kesalahan langgar LAMPU MERAH! Balik rumah
tahan telinga jelah kan.hahah. Xde rezeki,nak buat macam mana. 2 minggu lepas
tu, tanpa latihan,saya ambil semula kali kedua. Teruk juga sebenarnya,kali ni
dapat kereta axia, payah la. Tgh2 bawak,termasuk gear satu. Allah,dia punya
rapat 3 dengan 1 tu. Mujur tak mati, tapi,terima kasih pada pakcik JPJ tu, dia
tolong sebab saya boleh bawa kereta,Cuma careless.hahaha. Alhamdulillah,LULUS!
Bulan Jun : No progress at all. Gemok tetap gemok.haha. But,
by the way. This year, hari ulang tahun saya jatuh pada hari pertama Ramadhan,
iaitu 18 June. Saya rasa special sgt, walaupun saya tak dapat cake atau hadiah.
Saya bersyukur kerana saya sudah 21 tahun and i can vote! Haha. Salam Ramdhan.
Bulan Julai : It’s RAYA. Raya saya tahun ni. Well, same like
last year. Masih ditakuk yang sama. Hmm, entahlah. Dan gambar raya saya teruk
sangat sebab saya terlalu gemuk. Nampak spare tayar kat perut. That’s never
happen to me before! Allah. Well, raya is raya. You have to eat btw.haha
Bulan Ogos : Keputusan UPU keluar dan saya tidak mendapat
tempat di universiti, kerana ketika memohon saya masih dalam pengajian.
Alasannya lah. Tapi,hakikatnya, Keputusan MUET Saya tak keluar lagi. URGHH!!
Jelous tau tgk a few friends already continued their degree. I Asked ibu, what
imma gonna do? The next intake in Februari! 8 bulan berada dirumah tanpa gaji.
Hanya mengharap ehsan ibu dan abah. I feel so bad! I am jobless, no salary, i
am 21, no achievements, it is all “NO”. Nka kerja? Semua tak dapat. Masa ni,
saya belajar, Jika tidak usaha kamu tidak dapat. Jika usaha pun kamu tak dapat,
maka there is something with you. Ada keberkatan yang tersekat yang membuatkan
kamu susah untuk mendapat rezeki. Ya, i admit,terlalu banyak maksiat dilakukan
during my college time. Mengumpat, xjujur, sangka buruk, semualah. Aku ni
pendosa. Tiada jalan lain selain bertaubat.
September : Just tengok kawan-kawan daftar masuk Universiti
Oktober : Daftar untuk kemasukan February UITM. Dalam
jurusan Masscom. Lama juga nak tunggu keputusan interview, Bulan 12. So, masa
senggang ni diisi dengan menemani mak sedara i ke kuala lumpur untuk meeting2
dia. Seronoklah juga. Since dari itu, saya start GYM. Saya rasa saya tak boleh
biarkan diri macam ni. Sampai bila kan.
So, 2 minggu direct, pergi kl teman Tita dan saya pergi GYM. Workout for 4
hours. That was damn cool.pagi 1 jam, tengahari 1 jam, petang 2 jam. Saya juga
ula diet. Makan sayur, minum air 3 LITRE sehari.
November : Wey!!! I lost 10 kilos!!! Marvelous! Saya dah
keluar dari takuk 100KG!. Now, 25KG to go. Some people might hate it. Mereka
akan cakap, kenapa terlalu obses untuk kurus. Ini bukan cerita obses. Ini
cerita keinginan dan keyakinan. Korang ada tak perasaan, kamu nak pakai baju
yang well, menutup aurat, cantik sikitlah, rasa untuk bercakap dengan
confident. Ada x? Saya nak kurus bukan sebab nak orang ckp saya cantik,
(urggh), tapi saya nak sihat. Saya nak pakai baju kurung, saya nak pakai baju
muslimah,tp saya xde konfident sebab bila pakai baju tu, di akan tersekat
diskala enam. Ada yang faham, faham lah!. No need to mention. Saya perlukan
keyakinan. Sebab itu saya perlu kurus. Orang selalu menjadikan saya sebagai
bahan jenaka,walaupun people would said; “hey, no offense ya”. But it hurt.
Inside me. You know, my feeling. So, kepada yang dah kurus, just stay kurus dan
bersyukur dan tak perlu perlekeh. Sebab bila Allah tarik nikmat cantik dan
kurus kamu , jadi macam saya. Mungkin kamu akan mula belajar. Hey!, No Offense
ya.
Disember : I lost another 10 kilos!! Wheehiuuu. Sekarang dah
boleh pakai baju kurung. Haha. Baju muslimah. Tapi still kene turun lagi.haha.
daaaannn!! Alhamdulillah,saya dapat interview Masscom untuk kemasukan bulan
February 2016. Banyak ujian sebenarnya sepanjang tahun ni. Hari ni adalah hari
terakhir 2015. Sorotan demi sorotan pasti ada kenangan. Kucing-kucing yang
datang dan pergi,yang masih ada sampai sekarang. Kiki,Ben,Sukki, mereka akan
tunggu kami disana nanti. Black dan kiko, kakak harap kamu tak nakal dan stay
with us.
Kenangan demi kenangan akan terus terukir di dalam memori.
Tiba masa untuk terus melangkah kehadapan dalam arus pemodenan ini. Ekonomi
yang kian meningkat menolak kita untuk terus berusaha . Ingatlah, dunia ini
bukan tempat kamu berehat tetapi tempat kamu beribadah. Semoga kita semua terus
kental dalam mengharungi dunia akhir zaman ini dan ingat, solat jangan pernah tinggal
sentiasa berpegang pada AL-QURAN DAN ALHADITH, agar kita tidak tergelincir dari
landasan kebenaran. Teruskan menyebar salam dan keep positive! Salam Akhir
Tahun dari saya, Faezatul Adilah A.Sabri dan doakan saya serta kita semua
sentaisa dalam aman dan makmur.
#SalamGaza #SalamSyiria #SalamRonghinya #SalamMUSLIM
#SalamMalaysia! #Welcome2016 #SalamFitness
Studio Tanyalah Ustaz (TV9) |
Team AlKuliyyah dan Qari Junior (TV3) |
bLACK DAN kIKO |
sesi melawat zidane dan vacation raya,STANZAF |
Sukki :'( |
kiki ;'( |