Thursday, 31 December 2015

365/365, Done!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, telah masuk hari yang ke 365 untuk tahun 2015. Tidak sedar sebenarnyakan, kita sudah dipenghujung tahun. Begitu juga dengan saya. Bagi saya, tahun ini merupakan tahun yang banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar.

Awal bulan Januari : Praktikal di Media Prima Berhad, dibawah stesen tv 3, diletakkan di program AlKulliyyah bersama penerbit, En Ally Iskandar. Praktikal selama 4 bulan di media prima sangat membuka mata dan hati saya yang bercita-cita untuk menjadi orang penyiaran. Jiwa membuak-buak untuk belajar dan diajar. Orang kata, ini pengalaman emas lah bagi saya kerana berpeluang untuk belajar di salah sebuah stesen tv yang hebat dinegara ini. Hidup di negeri orang buat pertama kali benar-benar mengajar saya erti kehidupan. Yelah, mana tidaknya, selama tiga tahun menuntu ilmu di negeri sendiri,berdekatan dengan keluarga. Tapi,bila berjauhan, memang terasa seperti setiap minggu nak balik. Namun, saya harus belajar untuk berdikari. Jika selama ini saya seperti anak burung menunggu ibunya menyuap makan, kini saya akan menjadi anak burung yang berdikari untuk menyuap makanan sendiri. Haaa.heee. Kehidupan sebagai orang dewasa sangat rumit. It’s totaly complicated. Tapi kita tidak dapat lari dari keyataan yang telah diatur oleh Pencipta kita. Yang muda akan tua, kerana tiada yang kekal di dunia ini. Kini saya memahami. 4 bulan di bandar utama menemukan saya dengan pelbagai ragam manusia. Dari pakcik teksi yang selalu beri diskaun kat kami, dari pekerja restoran sebelah rumah kami yang baik sgt,tukang masak abe-abe comey, orang-orang One Utama,produser program,wartawan-wartawan sehinggalah orang-orang besar yang berkuasa tinggi. Apa yang boleh disampaikan melalui kehidupan disini, cuba belajar dan kental sama ada fizikal atau mental. That is the key to you to SURVIVE.

Akhir April : Praktikal tamat, balik ke Kuantan. Sedih sebenarnya sebab ye lah, our passion. Bila ditawarkan kerja disana, tak nak sebab alasan nak belajar. Sebenarnya, low self-esteem. Sebab since awal praktikal, saya mengalami body bloob. In another term, berat naik mendadak dan gemok sampai 104KG! From? 76KG! Saya stress sebenarnya. LHaha. Kerja banyak, makan tak tentu, masalah itu masalah ini. Sebab tu saya ckp, nak jadi orang penyiaran, kene kuat mental! Haha,kalau tidak,kamu kecundang. Lagipun saya nak sambung belajar. Saya rasa saya tak ada skill untuk menjadi seorang wartawan. Banyak menda saya kena belajar sebenarnya. Abg Ally selalu pesan, cari X-FACTOR kamu. Tapi,saya tak jumpa. Saya segan,malu sebab kerdilnya saya diatas dunia ini. Saya kena belajar. Setelah report disiapkan, saya berehat dirumah dan kerap pandang ke cermin.hahah, well, i have no confident at all. So,saya apply utk kemasukan degree di UITM.

Bulan Mei : Lepas semua dah settle, saya ambil lesen kereta. Alhamdulillah, Allah beri rezeki amik lesen walaupun lambat. So, sepenuh bulan saya dekat driving school. Ketar weh. Dengan bukitnya, zig zag nya. Belajar punya belajar, kira dah cekaplah. Action skit. Sekejap je blaja, then trus ambil ujian JPJ. Blaja sebelum ni dengan kereta kancil, tapi time test dapat viva. What the. Tester pulak perempuan. Aigoo, bawak jelah kan. Tapi disebabkan over confident, saya gagal atas kesalahan langgar LAMPU MERAH! Balik rumah tahan telinga jelah kan.hahah. Xde rezeki,nak buat macam mana. 2 minggu lepas tu, tanpa latihan,saya ambil semula kali kedua. Teruk juga sebenarnya,kali ni dapat kereta axia, payah la. Tgh2 bawak,termasuk gear satu. Allah,dia punya rapat 3 dengan 1 tu. Mujur tak mati, tapi,terima kasih pada pakcik JPJ tu, dia tolong sebab saya boleh bawa kereta,Cuma careless.hahaha. Alhamdulillah,LULUS!

Bulan Jun : No progress at all. Gemok tetap gemok.haha. But, by the way. This year, hari ulang tahun saya jatuh pada hari pertama Ramadhan, iaitu 18 June. Saya rasa special sgt, walaupun saya tak dapat cake atau hadiah. Saya bersyukur kerana saya sudah 21 tahun and i can vote! Haha. Salam Ramdhan.

Bulan Julai : It’s RAYA. Raya saya tahun ni. Well, same like last year. Masih ditakuk yang sama. Hmm, entahlah. Dan gambar raya saya teruk sangat sebab saya terlalu gemuk. Nampak spare tayar kat perut. That’s never happen to me before! Allah. Well, raya is raya. You have to eat btw.haha

Bulan Ogos : Keputusan UPU keluar dan saya tidak mendapat tempat di universiti, kerana ketika memohon saya masih dalam pengajian. Alasannya lah. Tapi,hakikatnya, Keputusan MUET Saya tak keluar lagi. URGHH!! Jelous tau tgk a few friends already continued their degree. I Asked ibu, what imma gonna do? The next intake in Februari! 8 bulan berada dirumah tanpa gaji. Hanya mengharap ehsan ibu dan abah. I feel so bad! I am jobless, no salary, i am 21, no achievements, it is all “NO”. Nka kerja? Semua tak dapat. Masa ni, saya belajar, Jika tidak usaha kamu tidak dapat. Jika usaha pun kamu tak dapat, maka there is something with you. Ada keberkatan yang tersekat yang membuatkan kamu susah untuk mendapat rezeki. Ya, i admit,terlalu banyak maksiat dilakukan during my college time. Mengumpat, xjujur, sangka buruk, semualah. Aku ni pendosa. Tiada jalan lain selain bertaubat.

September : Just tengok kawan-kawan daftar masuk Universiti

Oktober : Daftar untuk kemasukan February UITM. Dalam jurusan Masscom. Lama juga nak tunggu keputusan interview, Bulan 12. So, masa senggang ni diisi dengan menemani mak sedara i ke kuala lumpur untuk meeting2 dia. Seronoklah juga. Since dari itu, saya start GYM. Saya rasa saya tak boleh biarkan diri macam  ni. Sampai bila kan. So, 2 minggu direct, pergi kl teman Tita dan saya pergi GYM. Workout for 4 hours. That was damn cool.pagi 1 jam, tengahari 1 jam, petang 2 jam. Saya juga ula diet. Makan sayur, minum air 3 LITRE sehari.

November : Wey!!! I lost 10 kilos!!! Marvelous! Saya dah keluar dari takuk 100KG!. Now, 25KG to go. Some people might hate it. Mereka akan cakap, kenapa terlalu obses untuk kurus. Ini bukan cerita obses. Ini cerita keinginan dan keyakinan. Korang ada tak perasaan, kamu nak pakai baju yang well, menutup aurat, cantik sikitlah, rasa untuk bercakap dengan confident. Ada x? Saya nak kurus bukan sebab nak orang ckp saya cantik, (urggh), tapi saya nak sihat. Saya nak pakai baju kurung, saya nak pakai baju muslimah,tp saya xde konfident sebab bila pakai baju tu, di akan tersekat diskala enam. Ada yang faham, faham lah!. No need to mention. Saya perlukan keyakinan. Sebab itu saya perlu kurus. Orang selalu menjadikan saya sebagai bahan jenaka,walaupun people would said; “hey, no offense ya”. But it hurt. Inside me. You know, my feeling. So, kepada yang dah kurus, just stay kurus dan bersyukur dan tak perlu perlekeh. Sebab bila Allah tarik nikmat cantik dan kurus kamu , jadi macam saya. Mungkin kamu akan mula belajar. Hey!, No Offense ya.

Disember : I lost another 10 kilos!! Wheehiuuu. Sekarang dah boleh pakai baju kurung. Haha. Baju muslimah. Tapi still kene turun lagi.haha. daaaannn!! Alhamdulillah,saya dapat interview Masscom untuk kemasukan bulan February 2016. Banyak ujian sebenarnya sepanjang tahun ni. Hari ni adalah hari terakhir 2015. Sorotan demi sorotan pasti ada kenangan. Kucing-kucing yang datang dan pergi,yang masih ada sampai sekarang. Kiki,Ben,Sukki, mereka akan tunggu kami disana nanti. Black dan kiko, kakak harap kamu tak nakal dan stay with us.


Kenangan demi kenangan akan terus terukir di dalam memori. Tiba masa untuk terus melangkah kehadapan dalam arus pemodenan ini. Ekonomi yang kian meningkat menolak kita untuk terus berusaha . Ingatlah, dunia ini bukan tempat kamu berehat tetapi tempat kamu beribadah. Semoga kita semua terus kental dalam mengharungi dunia akhir zaman ini dan ingat, solat jangan pernah tinggal sentiasa berpegang pada AL-QURAN DAN ALHADITH, agar kita tidak tergelincir dari landasan kebenaran. Teruskan menyebar salam dan keep positive! Salam Akhir Tahun dari saya, Faezatul Adilah A.Sabri dan doakan saya serta kita semua sentaisa dalam aman dan makmur.

#SalamGaza #SalamSyiria #SalamRonghinya #SalamMUSLIM #SalamMalaysia! #Welcome2016 #SalamFitness
Studio Tanyalah Ustaz (TV9)
Team AlKuliyyah dan Qari Junior (TV3)


bLACK DAN kIKO 

sesi melawat zidane dan vacation raya,STANZAF
Sukki :'(

kiki ;'(


Wednesday, 30 September 2015

Kancil Hijau

Assalamualaikum

Hari-hari pergi ambil adik-adik dari sekolah sudah menjadi rutin harian. Abah yang kadang2 ada kerja luar terpaksa menyerah tugas mengambil adik kepada saya. Adakalanya saya memandu kereta kancil berwarna hijau milik arwah nenek saya dulu, membuat saya terkenang banyak perkara. Sentiasa terngiang-ngiang kata-kata arwah nenek dan sedara maranya ketika saya menjaga beliau dulu. “Bila lah awak ni nak 18 tahun, bawak nenek pergi jalan-jalan” , “Adilah nanti dah besaar amik terus lesen kereta, kereta dah ada, nenek dah wasiatkan”. Seawal usia 14 taahun, masih terlalu awal untuk mengetahui tentang pemanduan kereta. Nampak mudah, tapi ianya bermain dengan risiko. Kadang terfikir, kalaulah nenek ada sekarang, hari-hari saya bawa nenek pergi jalan-jalan macam mana nenek bawa saya dan adik-adik dahulu. Seluruh Kuantan ni sudah kami jelajah. Dari sebelum adanya Megamall kepada siapnya Pusat beli belah itu. Menjadi regular costumer KFC, itu biasa, sebab dahulunya, rumah nenek berhadapan Dengan kopitiam 99, yang kini hanya dipenuhi hutan dan tanah rata. Terlalu banyak memori kereta kancil dan rumah nenek. Semuanya hanya tersemat didalam ingatan kami.

Walaupun kereta manual, tidak ramai wanita yang suka, kerana terlalu rumit (barangkali), tetapi bagi saya, ini kereta yang sering disebut arwah nenek untuk diberikan kepada saya. Arwah bilang, nanti dah dapat lesen kereta, tolong ibu dan abah ambil adik balik sekolah, hantar pergi sekolah, kesian kat ibu dan abah sebab mereka bekerja.
Masih segar dalam memori saya ketika itu, ECM (kini dikenali sebagai Capital Mall) baru sahaja dibina, arwah nenek nak sangat pergi, tetapi hanya bawa disekitar kawasan luar kerana belum siap sepenuhnya. Sayu wajah nenek memerhati bangunan itu tanpa kata apa-apa. Saya cakap kat nenek, “nek,nanti dila dah boleh bawak kereta, kite pergi sini ye.Dila bawak nenek pergi jalan-jalan. Nnenek sabar sikit je lagi, 3 tahun je lagi sebelum dila umur 18 tahun.” Nenek sekadar mengangguk dan senyuman terukir di bibirnya.Manis sekali, persis watak Salmah (nama nenek juga Salmah) dalam Seniman Bujang Lapok lakonan Allahyarhamah Saloma..
Namun, 3 bulan selepas itu, 18 Jun 2008 (Hari jadi saya yang ke 14),  saya pulang dari sekolah menuju ke hospital untuk meneruskan rutin saya menjaga nenek di wad tingkat 8,HTAA. Namun, melihat keadaan nenek ketika itu, saya terduduk. Kaku, kelu. Nenek dah nazak, sepupu ibu, Dr.Suraya memegang kaki nenek, she said, “it is not a good sign”. Allah. Pada malam itu, Allah mengambil semula pinjaman-Nya. Nenek menghembuskan nafasnya pada jam 3 pagi. Al-Fatihah.


8 tahun kemudian, aku bawa kereta seperti yang dijanjikan arwah nenek. Terima Kasih nenek. Terima kasih Allah.


Tuesday, 7 July 2015

Kii

Assalamualaikum, salam ramadhan

Harini, I decide untuk menulis entry baru after a long time tak update this blog. I want to share to you, dear reader, sebuah kisah yang membuat aku rasa apa yang orang lain penah rasa. I know it’ll be kind of funny, tapi aku nak ceritra juga. Ketika aku menaip cerita ni, air mata aku tak berhenti mengalir deras bila mengenangkan segala memori yang telah tercipta. Aku tak dapat tahan air mata aku.

Kiki (kadang panggil kii), ibu aku jumpa dia ni masa dia isi minyak kereta. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa nak bawa balik dia ni aku pun tak tahu. Kata ibu, masa dia pam minyak, kiki duduk di sbeelah pam minyak tu, sambil temgok ke arahnya (dapat bayang macam mana muka dia)Kata ibu dan adik-adik yang ikut, masa ibu ambil tu, dia senyap je. Tak delah lompat-lompat macam yang lain. So, sampai rumah, adik pergi kat bilik aku, kak,kak, ibu ada bawa balik dia. Cepatlah”. Aku pun pergi tengok, apa yang excited sangat. First time tengok tu, macam terfikir juga, kenapa pulak tiba-tiba bawa balik dia ni, tapi macam best jugak. Sekarang dah ada yang sendiri punya. So kami decide utk jaga dia, beri makan,tempat tinggal,dan mandikan dia. Adik aku yang number 5, areef sangat excited sebab dia memang suka tapi sebab abah yang kurang suka, jadi tak dapatlah. Tapi sekarang, ibu dah bawa balik, so pandailah kami kawtim kan.

Hari pertama kedua dan ketiga tu, aku dah gelabah. Aku tak pandai nak jaga dia, nak mandikan dia, apa petua,so search intenet, screenshot banyak-banyak. Siap Tanya kawan yang expert tentang dia ni. Tapi, masa mula-mula, dia tak lalu makan. Beri wet food, tak nak makan, minum air pun tak nak. Aku dah buntu, badan dia macam dah kurus sikit sebab rasa tulang kat tengkuk.aku search lagi kenapa dia tak nak, Tanya kawan yang expert gila dalam bab2 ni. Akhirnya, kawan aku ckp, biasalah, orang baru, dia kena sesuaikan diri, kene selalu pelbagaikan makanan dia. After a few days letter, dia okey. Aku rebus ikan, kasi dia makan banyak2 sebab matlamat utama aku, aku nak dia gemok. Bialah malas pun,sebab dia manja. Lama-lama kenal dia ni, dia baik, xbanyak cakap, redho je apa yangorang buat kat dia. Setiap malam, kalau tak de apa-apa, aku duduk kat luar belai-belai dia sambal tunggu orang balik solat terawih. Tak pernah keluakan senjata tajam dia yang menyakiti aku. Baik sangat.

Ibu belikan syampu untuk dia.Experience mandikan dia pertama kali, senang sangat. Senyap je dia. Adalah gerak-gerak sikit sebab sejuk kot. Lepas tu,dah siap. Lepas dia main kat luar, beri makan,main dengan dia. Areef yang paling rapat dengan dia. Asyik dukung je kemana pergi, dia pun xbanyak songeh,redho je. Haha, kelaka bila fikir balik. Areef lah rajin sangat melayan dia,sampaikan nak pergi sekolah pun nak ikut, aku sampai kena dukung dia.comel sangat. Setiap kali abah pergi siram pokok, dia mesti akan ikut. Teman abah, duduk sambal hayun-hayun ekor.abah kesana, dia kesana, abah kesini,dia kesini.

tangan dia tak pernah keluarkan kuku utk sakitkan kami
Rutin pagi dia, minum air, makan dan duduk dalam bakul motor. Sejuk pagi mungkin. Setiap pagi, aku akan rebus ikan untuk dia, memandangkan dia suka sangat makan ikan. Rebuslah dalam 3-4 ekor. Bila beri makan tu, rasa seronok sangat dalam hati ni, bulan-bulan puasa ni, sedekah kat makhluk Allah ni pun dah okey.Bahagia tengok dia kenyang.I love to touch his hands and legs.Lepas tu, dia start nak masuk dalam rumah.kami okey je Cuma abah kurang suke sebab mungkin bulu dia buat abah bersin.so dia selalu tido kat tingkap depan.tidur tu kemain lama. Dari tengahri sampai petang, pastu malam, mulalah tak boleh tidur.Tapi layankan ajalah, budak lagi.Areef banyak luangkan masa dengan Kii.Sampaikan dia balik sekolah pun Kii sambut.Baik sangat mereka ni.

Satu hari, kami dengar dia merintih, buka pintu rumah tengok dia kena buli! Areef cakap Kii sampai terberak sebab kena buli dengan species yang bulu sama macam dia, tapi besar sikit. Jahat sungguh! Kii sampai ketar-ketar masa aku gosok dia, dia jadi macam takut sangat. So kami decide letak dia dalam sangkar jika malam tiba dan lepaskan dia pada waktu siang sahaja. Hari tu kami bawa sangkar masuk dan letak dalam rumah. Keesokkan hari pulak, dia kena buli lagi, kali ni sampai terkencing. Ya Allah, jahat sungguh,Kii tu lembut, dan budak lagi.  Malam tu, bawa masuk rumah lagi tapi kurung dalam sangkar, tapi, malam tu pelik sangat. Adik, Firdaus cakap Kii macam bising duduk dalam sangkar tu minta nak keluar, aku pfikir mungkin dia nak buang air besar atau air kecik. So aku dukung dia bawa ke luar. Tunggu2, xde pula, dia dating balik kat kita. Masa tu jam dah pukul 12.10 malam. Aku pun bawa masuk balik Kii dalam sangkar.Elok nak tidur, Firdaus panggil lagi. Aku pelik lah. Aku bawa keluar Kii, peluk dia, gosok-gosok dia. Diam kejap,lepas tu dia round satu rumah! Kii berjalan dalam rumah kami, aku kena ikutlah, kalau abah tahu, habislah. Dia buat perangai, bila masuk dalam sangkar balik, dia melompat-lompat nak keluar, hulur tangan dia usap-usap paha aku dari dalam sangkar untuk biar dia lepas dalam rumah tu, aku pun ikut jelah Kii mana dia pergi. Macam tour guide pulak. Dia round satu rumah betul, then aku penat sebab dah pukul 1 pagi. Last2,kurung dalam bilik air, esok pagi tengok, dia baring tapi tak tidur, kesian pulak. Malam tu,Kii betul-betul uji sabar aku, tapi aku tak delah mcm rasa nak marah2 sangat, Cuma penat jelah.Then dia kembali normal. Kami ajar dia mcm tu, malam je, kami kurung, xsampai hati tengok dia kena buli.

2 hari sebelum tu, aku terasa nak ambil gambar dia. Dia comel. Kalau bergurau, tak de dia saktkan kami. Satu keluarga suka dia sebab dia baik sangat. Rasa rapat sangat dengan dia. Hari sabtu tu, aku keluar, nak berbuka puasa dengan kawan, so aku keluar awal. Pagi tu, Areef bawa Kii masuk. Macam biasalah, dia main galak sangat. Masukkan dia dalam bakul baju,dia pusing-pusing main ekor dia.Kelaka gila. So, masa aku nak keluar tu, aku pandang muka dia. Areef dukung dia.Aku usap-usap dia, Comel macam selalu. Sayang sangat dengan Kii.


Tetapi, aku tak sangka tu kali terakhir aku tatap wajah dia. Kii mati sebab tidur bawah kereta, abah tak perasan. Dia berlumuran darah. Aku taka da masa tu. Ibu telefon beritahu masa aku diluar, kata Kii dah tak de. Aku menangis. Menagis di tengah orang ramai. Kami sekeluarga menangis lebih-lebih lagi areef. Dia menangis beria sangat.Kawan baik dia dah tak de.Mati depan mata.Aku menangis even sampai sekarang sebab aku terlalu rindukan dia. Rindu Kii.

Aku tahu, orang akan gelak bila baca, kami menangis sebab seekor KUCING. Aku menangis tanpa henti hanya sebab seekor KUCING?. Sebab itu aku cakap, tidak semua manusia dikurniakan perasaan ini. Aku tidak pernah menangis kerana kucing sebab dulu bagi aku ainya hanyalah haiwan. Tetapi, haiwan ini mengetuk hati dan perasaan kita memberitahu apa itu rasa KASIH DAN SAYANG. And I feel it. Seminggu je Allah beri pinjam makhluk dia ini kepada kami,untuk beri kami rasa kasih dan sayang terhadap haiwan, dan memberi ketenangan kepada kami dikala diuji tika ini.Rupanya, malam Kii berkelakuan aneh tu, dia nak tinggalkan memori dia bersama aku.To make me Write And Remember.
Sekejap sangat rasa.Masih Nampak Ki bermain dengan kami, makan,baring disisi kami. Allah, tiada yang kekal dalam dunia ini. Kii ialah keluarga kami, kehilangannya beri impak besar kepada kami sekeluarga.


Kii,terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup kami. Terima Kasih Allah kau kurniakan perasaan ini.
KII in Memory

*salam ramadhan 10 malam terakhir*