Wednesday, 30 September 2015

Kancil Hijau

Assalamualaikum

Hari-hari pergi ambil adik-adik dari sekolah sudah menjadi rutin harian. Abah yang kadang2 ada kerja luar terpaksa menyerah tugas mengambil adik kepada saya. Adakalanya saya memandu kereta kancil berwarna hijau milik arwah nenek saya dulu, membuat saya terkenang banyak perkara. Sentiasa terngiang-ngiang kata-kata arwah nenek dan sedara maranya ketika saya menjaga beliau dulu. “Bila lah awak ni nak 18 tahun, bawak nenek pergi jalan-jalan” , “Adilah nanti dah besaar amik terus lesen kereta, kereta dah ada, nenek dah wasiatkan”. Seawal usia 14 taahun, masih terlalu awal untuk mengetahui tentang pemanduan kereta. Nampak mudah, tapi ianya bermain dengan risiko. Kadang terfikir, kalaulah nenek ada sekarang, hari-hari saya bawa nenek pergi jalan-jalan macam mana nenek bawa saya dan adik-adik dahulu. Seluruh Kuantan ni sudah kami jelajah. Dari sebelum adanya Megamall kepada siapnya Pusat beli belah itu. Menjadi regular costumer KFC, itu biasa, sebab dahulunya, rumah nenek berhadapan Dengan kopitiam 99, yang kini hanya dipenuhi hutan dan tanah rata. Terlalu banyak memori kereta kancil dan rumah nenek. Semuanya hanya tersemat didalam ingatan kami.

Walaupun kereta manual, tidak ramai wanita yang suka, kerana terlalu rumit (barangkali), tetapi bagi saya, ini kereta yang sering disebut arwah nenek untuk diberikan kepada saya. Arwah bilang, nanti dah dapat lesen kereta, tolong ibu dan abah ambil adik balik sekolah, hantar pergi sekolah, kesian kat ibu dan abah sebab mereka bekerja.
Masih segar dalam memori saya ketika itu, ECM (kini dikenali sebagai Capital Mall) baru sahaja dibina, arwah nenek nak sangat pergi, tetapi hanya bawa disekitar kawasan luar kerana belum siap sepenuhnya. Sayu wajah nenek memerhati bangunan itu tanpa kata apa-apa. Saya cakap kat nenek, “nek,nanti dila dah boleh bawak kereta, kite pergi sini ye.Dila bawak nenek pergi jalan-jalan. Nnenek sabar sikit je lagi, 3 tahun je lagi sebelum dila umur 18 tahun.” Nenek sekadar mengangguk dan senyuman terukir di bibirnya.Manis sekali, persis watak Salmah (nama nenek juga Salmah) dalam Seniman Bujang Lapok lakonan Allahyarhamah Saloma..
Namun, 3 bulan selepas itu, 18 Jun 2008 (Hari jadi saya yang ke 14),  saya pulang dari sekolah menuju ke hospital untuk meneruskan rutin saya menjaga nenek di wad tingkat 8,HTAA. Namun, melihat keadaan nenek ketika itu, saya terduduk. Kaku, kelu. Nenek dah nazak, sepupu ibu, Dr.Suraya memegang kaki nenek, she said, “it is not a good sign”. Allah. Pada malam itu, Allah mengambil semula pinjaman-Nya. Nenek menghembuskan nafasnya pada jam 3 pagi. Al-Fatihah.


8 tahun kemudian, aku bawa kereta seperti yang dijanjikan arwah nenek. Terima Kasih nenek. Terima kasih Allah.


No comments:

Post a Comment