Assalamualaikum
Hari-hari pergi ambil adik-adik dari sekolah sudah menjadi
rutin harian. Abah yang kadang2 ada kerja luar terpaksa menyerah tugas mengambil
adik kepada saya. Adakalanya saya memandu kereta kancil berwarna hijau milik
arwah nenek saya dulu, membuat saya terkenang banyak perkara. Sentiasa
terngiang-ngiang kata-kata arwah nenek dan sedara maranya ketika saya menjaga
beliau dulu. “Bila lah awak ni nak 18 tahun, bawak nenek pergi jalan-jalan” , “Adilah
nanti dah besaar amik terus lesen kereta, kereta dah ada, nenek dah wasiatkan”.
Seawal usia 14 taahun, masih terlalu awal untuk mengetahui tentang pemanduan
kereta. Nampak mudah, tapi ianya bermain dengan risiko. Kadang terfikir,
kalaulah nenek ada sekarang, hari-hari saya bawa nenek pergi jalan-jalan macam
mana nenek bawa saya dan adik-adik dahulu. Seluruh Kuantan ni sudah kami
jelajah. Dari sebelum adanya Megamall kepada siapnya Pusat beli belah itu.
Menjadi regular costumer KFC, itu biasa, sebab dahulunya, rumah nenek
berhadapan Dengan kopitiam 99, yang kini hanya dipenuhi hutan dan tanah rata.
Terlalu banyak memori kereta kancil dan rumah nenek. Semuanya hanya tersemat
didalam ingatan kami.
Walaupun kereta manual, tidak ramai wanita yang suka, kerana
terlalu rumit (barangkali), tetapi bagi saya, ini kereta yang sering disebut
arwah nenek untuk diberikan kepada saya. Arwah bilang, nanti dah dapat lesen
kereta, tolong ibu dan abah ambil adik balik sekolah, hantar pergi sekolah,
kesian kat ibu dan abah sebab mereka bekerja.
Masih segar dalam memori saya ketika itu, ECM (kini dikenali
sebagai Capital Mall) baru sahaja dibina, arwah nenek nak sangat pergi, tetapi
hanya bawa disekitar kawasan luar kerana belum siap sepenuhnya. Sayu wajah
nenek memerhati bangunan itu tanpa kata apa-apa. Saya cakap kat nenek, “nek,nanti
dila dah boleh bawak kereta, kite pergi sini ye.Dila bawak nenek pergi
jalan-jalan. Nnenek sabar sikit je lagi, 3 tahun je lagi sebelum dila umur 18
tahun.” Nenek sekadar mengangguk dan senyuman terukir di bibirnya.Manis sekali,
persis watak Salmah (nama nenek juga Salmah) dalam Seniman Bujang Lapok lakonan
Allahyarhamah Saloma..
Namun, 3 bulan selepas itu, 18 Jun 2008 (Hari jadi saya yang
ke 14), saya pulang dari sekolah menuju
ke hospital untuk meneruskan rutin saya menjaga nenek di wad tingkat 8,HTAA.
Namun, melihat keadaan nenek ketika itu, saya terduduk. Kaku, kelu. Nenek dah
nazak, sepupu ibu, Dr.Suraya memegang kaki nenek, she said, “it is not a good
sign”. Allah. Pada malam itu, Allah mengambil semula pinjaman-Nya. Nenek
menghembuskan nafasnya pada jam 3 pagi. Al-Fatihah.
8 tahun kemudian, aku bawa kereta seperti yang dijanjikan
arwah nenek. Terima Kasih nenek. Terima kasih Allah.