Wednesday, 22 June 2016

Till We Turn Grey

Start with the boys..

Hatta – dia budak yang paling impress kami semua. Dengan quotes dan kata-kata yang keluar dari mulut dia membuatkan orang kagum termasuk pensyarah. Tapi, makin lama dia makin diam. Hmm ,i hope hatta can get back soon like the old time.

Ted- paling aku menyampah sebab bapak berlagak, tak nak cakap dengan aku. Ohh pilih yang lawa-lawa je ea. Hahaha, tapi tu first expression la. Sekarang tgk, haukk.hahaha ke laut masuk air smualah. Kau paling susah koyak. Tobat. haha

Cuki- lembut, tapi masih condius straight atau tak. Hahaha tapi dia rajin melayan walau kadang annoying gila namateyy.

Nabil- dia ni, macam abang-abang la. Walaupun muda setahun tapi kelaut gak. Kadang koyak kadang ok. Paling liat nak ke class. Nauzubillah, tak tahu lah,dia ni aktif sgt JPK agaknya kalah president america.

Izzat- ijat ni a jumpa time iv. Org kontan.Mujurlah ade gok sorang. Perangai dia, hahahaha, senyap je lah kan. Tapi bila kawad, comel macam adik-adik aku.hahaha.

Aizul- dia ni muka mat saleh. kelakar dan budak Bboy. Ramai gak mata-mata yang memerhati tapi dengan bangganya “ saya dah ada buah hati di Kenanga” hahahaha

Faiz- digelar abg sado sebab memang sado. Tall dark Handsome tapi tak boleh kepunyaan rakan class.hahaha. Mulanya aku xsuka dia ni. Bapak panas baran, tapi agaknya dah kena ceramah oleh Hatta,and  he’s getting better.

 This is Le Girls..
Haz- ni lah rakan class kepunyaan.hahah haz ni lembut, dan kerjanya cepat bangat. Ok.

Aina- okey,this girl, menyampah gak mula-mula. Tapi biasalah, xkenal maka xdatanglah cintanya. Dia memang cool gila beb. She’s kind and funny.hahaha. sayang kau lah mariah.
Adee- omg, this girl, terlalu baik dan lembut. Tak pernah marah dan takut nak marah dia. Seorang yang hebat dalam penulisan. Tabik lu.

Hana- Ni kerja dia menggigit orang jak lah. Seorang yang outspoken tapi,lama-lama kenal dia, she is a good girl.hee

Rabihah- Kaki selfie class. Everystep you take, it will be a picture. Hahhaha, asal kelate boh, she os nice.

Nabb- she is my roomate merangkap rakan sekelas juga. Banyak menda buat dengan dia. Bekas dak-dak engine, tetiba berhijrah ke masscomm, she is cool.haha

Wan aisyah- Seorang pelajar tesl yang kata-katanya sangat tersusun dan iras-iras seorang cikgu. Cikgu sangat.haha

Shaa- kembar xiras kepada wan. Kalut sangat orangnya, tapi dia paling excellent. Kerja dia siap dulu, xde tangguh2 macam haku ni haa.hahaha seorang yang gelaknya kelakar. Gonna miss you.

Mizah - sis bro ni..hahahah mula aq jumpa dia sumpah bajet nak mampos. Tapi we are getting closer and aq tahu perangai dia pun hanyuutt.hahahaha, gua akan rindu kau bro.

Ain- mula masuk class, mesti smua terpikat dengan dia, sebab iras-iras neelofa kauu. Memenag cantikla, pakai baju kurung moden, pun macam teacher-teacher.haha

Naja- perempuan ni aq xberapa nampak sangat masa awal-awal. Tapi bila diingatkan balik, first time aq meronda shah alam ni, dengan dia dan haz.hahaha,pergi sampai ke seksyen 2 utk shopping. Dia baik dan tegas orgnya.huhu.

Well, itu description serba sedikit tentang rakan class saya. Bukan apa, kami ni class campur. Pelajaran liberal kan. 9 dari journalism 10 dari broadcasting, we thought, they will be our classmates, rupanya kami akan terpisah. Tak baik sangat rasa, bila dah hadir rasa sayang sesama kawan, kit bakal dipisahkan. Broadcasting akan ke rembau, maka tinggallah journalism 9 orang. Duduk dengan mereka ni banyak kenangan manis dan pahitnya. We are so close, tapi tak mengapalah. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan pastinya akan berjumpa kembali. As we promise, till we turn grey.

-fd sabri- June 22

Our first meeting together. Gonna miss you guys seriously
Di sini,hubungan kami semakin erat (trip to Lenggong,Perak with our mama)

we're gonna move to Rembau soon. Hope it will be fine

Friday, 1 April 2016

THE CAT'S NAME BLACK.

Assalamualaikum, 

Hari ini 1 april. Sudah 3 bulan berlalu untuk tahun 2016. Tinggal 66 hari sahaja lagi sebelum kita menginjak ke bulan penuh barakah, ramadhan al mubarak. Hari ini saya menguatkan diri untuk menulis mengenai kucing kesayangan  saya, black, yang telah pergi tinggalkan kami sekeluarga 11 hari yang lepas.

Black....
Abah ambil masa umurnya mungkin baru 3 bulan, sedang leka bermain dengan arang di sebuah pasar raya sekitar kuantan. Kesian tgk, main sekor2. Abah ambil bawa balik untuk berkawan dengan ben (kini sudah tiada). Kami bela black dari kurus,kurap sehingga dia besar sihat dan cerdik. Dia kucing yang sangat baik, takut nak jejak kaki ke dalam rumah. Kelaka bila teringatkan kenangan dia menjenguk di pintu hadapan,tapi tak nak masuk. Malu barangkali. Seminggu bersama, ben pergi tinggalkan black. Ben sakit. Tinggallah black seekor. Nampak dia kesepian. Ben yang sentiasa dengan black. Ibarat abang dan adik. Akhirnya, sy cakap pada ibu, kita kena cari teman utk black. Dan ibu bawa balik seekor kucing dari kolej. Masih anak. Pandai. Tapi betina.heee. Mengubat kesepian. Berkepitlah dua ekor tu. Namanya sukki. Tapi sukki ni aktif sangat, panjang tingkap, panjat meja, berpusing-pusing lari. Curiousity dia cukup kuat. Kadang sampai confius,jantan ke betina.hehe. Sukki selalu kena marah. Mungkin dah kerap sangat kena marah, satu hari,kami keluar nak beri makan, lepas maghrib, adik beritahu jumpa mayat sukki tepi jalan. Sedihnya xterkira. Hancur mukanya. Kami angkat dia bawa balik. Tanam elok-elok. Black mengiau sepanjang malam. Dia pasti sedih. Sudah 2 ekor kawan dia pergi tinggalkan dia.
Makin hari,black makin besar.makin matang. Sudah berani masuk rumah,sudah pandai cari mana bilik saya. Selepas abis diploma, saya berada diruma selama 8 bulan. Jadi sayalah yang rapat dengan black. Dengar sahaja nama dia dipanggil,dengan sepantas yang boleh dilari ke arah saya. Walau dia berada di rumah jiran sebelah. Makin hari makin manja. Makan ikan pun kita yang kena carikkan.kalau tak, tak pandai.dia playful,tp malas dalam cool.hahaha. Sehinggalah saya dapat tawaran beljar di uitm shah alam,bermakna saya akan jauh dari dia.  3 hari sebelum pergi,saya igt satu malam tu, dia datang ke arah saya terus lentokkan kepala atas kaki saya. Satu family terkejut, tak pernah lagi dia manja begitu. Saya dukung dia. Dia lentokkan kepalanya atas bahu saya. Allah.manja betul makhluk ini. Saya ckp pada dia, “black jangan nakal bila akk takde nanti”. Dia pandang sambil mata macam nak tertido.haha. Kaka rindu kamu black.

Pada hari saya nak berangkat, saya cium dia. Suruh dia tunggu kepulangan saya. \,dia hanya pandang kearah kereta. Seminggu saya di shah alam, ibu beritahu,black demam. Ibu cakap dia tak nak makan, rindu kakak kot. Hhehe. Setiap hari saya call,minta ibu buat loud speaker untuk beri dia dengar suara saya. Kepala dia terus terangkat.tapi dia lemah. Ibu cakap asyik tidur, xaktif macam dulu.

Masuk minggu kedua, sudah nampak perubahan,dia mula nak makan tapi air kena suap. Cuaca panas sangat masa itu. Saya call lagi, saya cakap, “black,tunggu akak balik ye.kakak balik minggu ni”. Tapi saya tak dapat tunaikan janji saya sebab ,minggu yang sangat busy.

Sehinggalah subuh isnin itu, 22 march 2016, black pergi meghadap ilahi di hadapan ruang tamu. Ibu cakap, dia tercungap-cungap. Seolah-olah sakit menghadapi sakaratul. Mata dia pandang ke arah ibu. Ibu xsanggup nak tengok. Cuba untuk suapkan air,tapi dah tak dapat masuk. Seusai solat,lihat black sudah tidak bernyawa.

Ibu whatsapp,beritahu black sudah tiada. Saya tak mampu menahan air mata dari terus mengalir.kakak tak dapat jumpa kamu black. Kakak tak dapat jaga kamu, dukung kamu,belai kamu. Kakak jauh. Kakak tahu kamu tunggu kakak,tapi kamu sudah terlalu lemah. Tidak mengapa black. Tunggu kakak di sana. Kiki,ben,sukki dan black.

Masih terbayang setiap petang kena kejar dia untuk dimasukkan dalam sangkar sebab takut ada anjing jahat buli dia di malam hari.masih terbayang dia lari masuk bilik,cium pipi untuk kejut bangun. Masih terbayang mata dia melihat kearah saya. Masih terbayang bila kami berKumpul satu family di ruang tamu, dia pasti menyelit untuk duduk sekali.masih terbayang setiap kali balik dari bandar, cepat dia masuk kereta.dia suka duduk dalam kereta, suruh bawa dia jalan2. Sampai kena angkat untuk bawa dia keluar, dia suka naik kereta. Suka sangat. Masih terbayang dia duduk di dapur menunggu ikan siap direbus, sambil ekor panjang dia kekiri ke kanan.


Black,kamu sentiasa dihati akak. Kamu paling lama bersama keluarga kami. Kini,tinggal kiko. Kami akan jaga adik kamu,kiko. Terima kasih black beri kenangan terindah dalam hidup kami. Kakak rindu kamu. Kami semua rindu kamu. 
Mata degil

manja teramat

in memory,BLACK





~FD SABRI~1 APRIL 2016.

Wednesday, 17 February 2016

'Kejar Mimpimu'

Sudah menjangkau ke Pertengahan Februari. Cepat masa berlari. Alhamdulillah, tahu  2016 membuka tirai lembaran hidup aku dengan surat tawaran dari Uitm. Syukur kepada Allah swt yang melimpahkan kurniaaNya. Aku dan adik number dua, syafiq berjaya mendapat tempat di Menara Gading. Aku akan menerusan perjuangan aku dalam bidang penyiaran (Bachelor of Mass Communication (Broadcasting) manakala adik aku meneruskan minat dia dalam Ijazah sarjana muda sains penyediaan makanan. Dua-dua degree. Tapi biasalah. Untuk mengejar kejayaan, jalannya bukan mudah. Terlalu berliku.

Some people said, “zaman sekarang ni xpayah dah nak belajar, ekonomi sudah tidak kukuh”, “Belajar pun belum tentu keluar nanti dapat kerja”, “Sambung belajar lagi,hutang dah keliling pinggang”.

People. Yes i admit, di era globalisasi ini, kita para graduan tidak dijanjikan dengan pekerjaan. Berapa ramai graduan diluar sana menganggur. Kerana apa? Kerana sebelum kaki kami ini melangkah kaki ke medan ilmu, kami telah dimomokkan bahawa, keluar nanti,Hutang PTPTN will hunt you down, Keluar nanti, susah nak dapat kerja, macam mana nak sara hidup, Memang tak kahwin lah sampai tua (like whaaat?)

People. Tolonglah berhenti dengan cakap-cakap negatif. Kata-kata anda membuatkan para graduan skrang hanya ingin mengejar pekerjaan bukan ilmu. Kenapa sambung belajar? Kenapa belajar? Kerana ilmu itu tidak akan berhenti walau kita sudah mati. Saya akui, saya merupakan graduan Diploma [Pengajian media islam dari Sebuah kolej swasta pernah mengalami 8 bulan perit mencari pekerjaan. I end up by sitting in the house and do nothing. Saya tertanya,kenapa susah sangat saya nak dapat pekerjaan. Kerana ketika saya menuntut ilmu 3 tahun lepas, dalam kepala saya, selepas tamat belajar, saya nak kerja dgn syarikat ni,syarikat ni syarikat ni. Niat saya. Hnaya fikir pekerjaan. Ditambah lagi dengan pembayaran balik hutang pembelajaran yang harus dibayar selepas tamat pengajian..Hidup akan lebih tertekan bila surat pinjaman pelajaran anda telah sampai dirumah. Tapi, adakah kita muhasabah balik. Adakah saya muhasabah diri saya. Kenapa rezeki begitu berat untuk sampai. Saya ditusuk dengan kata-kata people, kerja je, sekarang dah tak boleh memilih. Ekonomi jatuh teruk. They keep repeating and on and on.  Sampai saya terfikir, they might be right. Cita-cita saya untuk menjadi wartawan dokumentari. I want to make documentaries. Tapi saya end up dengan memohon pekerjaan seperti office  management, teller, banker, teacher sampailah ke 7e. Ithta is nit my choices.But i have to sebab orang cakap xpayah dah kejar cita-cita.Zaman sekarang dah 360 turn around. I loose my ethusiasm to become a Documentaries Journalist.

Sampai suatu hari, i went to masscomm interview for uitm (bachelor). Disitu, saya disoal, knapa saya begitu minat dengan bidang broadcast ni.  The answer that i gave was unexpectedly. Idk where it comes from. I want to spread the da’wah and knowledge. I am not a pious girl. I;m just an ordinary girl from Kuantan. But, i feel some spirit something like, i wanna change the worl (over plak kan). I mean, nak ubah pemikiran orang terhadap broadcasting. It is not just a glamour or gossiping or whatever you call it. It is something that you need nowadays. So, we have to change. Saya perlu kejar mimpi saya since i found what i have to be after i officially finished my SPM.

“Jangan pernah menyerah. Kejar mimpi mu” (Pak Harfan,laskar pelangi). Kita berada di akhir zaman, dunia kian dicintai. Diakui. Namun, sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah yang Maha Esa, selamatkan kita dari fitnah akhir zaman. Jangan sampai lalai dalam mengejar mimpimu,wahai diri. Ingat, hidup kita singkat, dan perjalanan kita diatas muka bumi ini adalah untuk memberi dan menerima. Memberi apa? Memberi manfaat,ilmu dan keringat kita kepada mereka diluar sana dan menjadikan ia sebagai bekalan di akhirat kelak. Dan menerima apa? Menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka dan cacian dengan hati yang sabar. Sebarkan ilmu dan manfaat kepada mereka tanpa mengira agama,bangsa,warna kulit atas keturunan.

Go! Chase your dream! Jangan berhenti berharap. Kejar selagi mampu. Jadilah manusia yang akan memberi harapan kepada generasi-generasi akan datang! Segala ketentuan itu Allah telah aturkan. We just plan, let Allah do the rest. Percaya pada rezeki Allah SWT.

Kepada graduan diluar sana, tepis segala negative vibes. Ingat, anda belajar untuk ilmu, inSya Allah kejayaan akan mengejar anda. Teruskan dengan usahamu, Insya Allah, hasilnya akan tertuai nanti.

p/s i still need to learn how to write in a beautful words. Besides, my english is getting worst. (Fix it!)



16 Februari 2016 (F.D Sabri)