Friday, 1 April 2016

THE CAT'S NAME BLACK.

Assalamualaikum, 

Hari ini 1 april. Sudah 3 bulan berlalu untuk tahun 2016. Tinggal 66 hari sahaja lagi sebelum kita menginjak ke bulan penuh barakah, ramadhan al mubarak. Hari ini saya menguatkan diri untuk menulis mengenai kucing kesayangan  saya, black, yang telah pergi tinggalkan kami sekeluarga 11 hari yang lepas.

Black....
Abah ambil masa umurnya mungkin baru 3 bulan, sedang leka bermain dengan arang di sebuah pasar raya sekitar kuantan. Kesian tgk, main sekor2. Abah ambil bawa balik untuk berkawan dengan ben (kini sudah tiada). Kami bela black dari kurus,kurap sehingga dia besar sihat dan cerdik. Dia kucing yang sangat baik, takut nak jejak kaki ke dalam rumah. Kelaka bila teringatkan kenangan dia menjenguk di pintu hadapan,tapi tak nak masuk. Malu barangkali. Seminggu bersama, ben pergi tinggalkan black. Ben sakit. Tinggallah black seekor. Nampak dia kesepian. Ben yang sentiasa dengan black. Ibarat abang dan adik. Akhirnya, sy cakap pada ibu, kita kena cari teman utk black. Dan ibu bawa balik seekor kucing dari kolej. Masih anak. Pandai. Tapi betina.heee. Mengubat kesepian. Berkepitlah dua ekor tu. Namanya sukki. Tapi sukki ni aktif sangat, panjang tingkap, panjat meja, berpusing-pusing lari. Curiousity dia cukup kuat. Kadang sampai confius,jantan ke betina.hehe. Sukki selalu kena marah. Mungkin dah kerap sangat kena marah, satu hari,kami keluar nak beri makan, lepas maghrib, adik beritahu jumpa mayat sukki tepi jalan. Sedihnya xterkira. Hancur mukanya. Kami angkat dia bawa balik. Tanam elok-elok. Black mengiau sepanjang malam. Dia pasti sedih. Sudah 2 ekor kawan dia pergi tinggalkan dia.
Makin hari,black makin besar.makin matang. Sudah berani masuk rumah,sudah pandai cari mana bilik saya. Selepas abis diploma, saya berada diruma selama 8 bulan. Jadi sayalah yang rapat dengan black. Dengar sahaja nama dia dipanggil,dengan sepantas yang boleh dilari ke arah saya. Walau dia berada di rumah jiran sebelah. Makin hari makin manja. Makan ikan pun kita yang kena carikkan.kalau tak, tak pandai.dia playful,tp malas dalam cool.hahaha. Sehinggalah saya dapat tawaran beljar di uitm shah alam,bermakna saya akan jauh dari dia.  3 hari sebelum pergi,saya igt satu malam tu, dia datang ke arah saya terus lentokkan kepala atas kaki saya. Satu family terkejut, tak pernah lagi dia manja begitu. Saya dukung dia. Dia lentokkan kepalanya atas bahu saya. Allah.manja betul makhluk ini. Saya ckp pada dia, “black jangan nakal bila akk takde nanti”. Dia pandang sambil mata macam nak tertido.haha. Kaka rindu kamu black.

Pada hari saya nak berangkat, saya cium dia. Suruh dia tunggu kepulangan saya. \,dia hanya pandang kearah kereta. Seminggu saya di shah alam, ibu beritahu,black demam. Ibu cakap dia tak nak makan, rindu kakak kot. Hhehe. Setiap hari saya call,minta ibu buat loud speaker untuk beri dia dengar suara saya. Kepala dia terus terangkat.tapi dia lemah. Ibu cakap asyik tidur, xaktif macam dulu.

Masuk minggu kedua, sudah nampak perubahan,dia mula nak makan tapi air kena suap. Cuaca panas sangat masa itu. Saya call lagi, saya cakap, “black,tunggu akak balik ye.kakak balik minggu ni”. Tapi saya tak dapat tunaikan janji saya sebab ,minggu yang sangat busy.

Sehinggalah subuh isnin itu, 22 march 2016, black pergi meghadap ilahi di hadapan ruang tamu. Ibu cakap, dia tercungap-cungap. Seolah-olah sakit menghadapi sakaratul. Mata dia pandang ke arah ibu. Ibu xsanggup nak tengok. Cuba untuk suapkan air,tapi dah tak dapat masuk. Seusai solat,lihat black sudah tidak bernyawa.

Ibu whatsapp,beritahu black sudah tiada. Saya tak mampu menahan air mata dari terus mengalir.kakak tak dapat jumpa kamu black. Kakak tak dapat jaga kamu, dukung kamu,belai kamu. Kakak jauh. Kakak tahu kamu tunggu kakak,tapi kamu sudah terlalu lemah. Tidak mengapa black. Tunggu kakak di sana. Kiki,ben,sukki dan black.

Masih terbayang setiap petang kena kejar dia untuk dimasukkan dalam sangkar sebab takut ada anjing jahat buli dia di malam hari.masih terbayang dia lari masuk bilik,cium pipi untuk kejut bangun. Masih terbayang mata dia melihat kearah saya. Masih terbayang bila kami berKumpul satu family di ruang tamu, dia pasti menyelit untuk duduk sekali.masih terbayang setiap kali balik dari bandar, cepat dia masuk kereta.dia suka duduk dalam kereta, suruh bawa dia jalan2. Sampai kena angkat untuk bawa dia keluar, dia suka naik kereta. Suka sangat. Masih terbayang dia duduk di dapur menunggu ikan siap direbus, sambil ekor panjang dia kekiri ke kanan.


Black,kamu sentiasa dihati akak. Kamu paling lama bersama keluarga kami. Kini,tinggal kiko. Kami akan jaga adik kamu,kiko. Terima kasih black beri kenangan terindah dalam hidup kami. Kakak rindu kamu. Kami semua rindu kamu. 
Mata degil

manja teramat

in memory,BLACK





~FD SABRI~1 APRIL 2016.

No comments:

Post a Comment