Assalamualaikum,
Hari ini 1 april. Sudah 3 bulan berlalu
untuk tahun 2016. Tinggal 66 hari sahaja lagi sebelum kita menginjak ke bulan
penuh barakah, ramadhan al mubarak. Hari ini saya menguatkan diri untuk menulis
mengenai kucing kesayangan saya, black,
yang telah pergi tinggalkan kami sekeluarga 11 hari yang lepas.
Black....
Abah ambil masa umurnya mungkin baru 3 bulan, sedang leka
bermain dengan arang di sebuah pasar raya sekitar kuantan. Kesian tgk, main
sekor2. Abah ambil bawa balik untuk berkawan dengan ben (kini sudah tiada).
Kami bela black dari kurus,kurap sehingga dia besar sihat dan cerdik. Dia
kucing yang sangat baik, takut nak jejak kaki ke dalam rumah. Kelaka bila
teringatkan kenangan dia menjenguk di pintu hadapan,tapi tak nak masuk. Malu
barangkali. Seminggu bersama, ben pergi tinggalkan black. Ben sakit. Tinggallah
black seekor. Nampak dia kesepian. Ben yang sentiasa dengan black. Ibarat abang
dan adik. Akhirnya, sy cakap pada ibu, kita kena cari teman utk black. Dan ibu
bawa balik seekor kucing dari kolej. Masih anak. Pandai. Tapi betina.heee.
Mengubat kesepian. Berkepitlah dua ekor tu. Namanya sukki. Tapi sukki ni aktif
sangat, panjang tingkap, panjat meja, berpusing-pusing lari. Curiousity dia
cukup kuat. Kadang sampai confius,jantan ke betina.hehe. Sukki selalu kena
marah. Mungkin dah kerap sangat kena marah, satu hari,kami keluar nak beri
makan, lepas maghrib, adik beritahu jumpa mayat sukki tepi jalan. Sedihnya
xterkira. Hancur mukanya. Kami angkat dia bawa balik. Tanam elok-elok. Black
mengiau sepanjang malam. Dia pasti sedih. Sudah 2 ekor kawan dia pergi
tinggalkan dia.
Makin hari,black makin besar.makin matang. Sudah berani
masuk rumah,sudah pandai cari mana bilik saya. Selepas abis diploma, saya
berada diruma selama 8 bulan. Jadi sayalah yang rapat dengan black. Dengar
sahaja nama dia dipanggil,dengan sepantas yang boleh dilari ke arah saya. Walau
dia berada di rumah jiran sebelah. Makin hari makin manja. Makan ikan pun kita
yang kena carikkan.kalau tak, tak pandai.dia playful,tp malas dalam
cool.hahaha. Sehinggalah saya dapat tawaran beljar di uitm shah alam,bermakna
saya akan jauh dari dia. 3 hari sebelum
pergi,saya igt satu malam tu, dia datang ke arah saya terus lentokkan kepala
atas kaki saya. Satu family terkejut, tak pernah lagi dia manja begitu. Saya
dukung dia. Dia lentokkan kepalanya atas bahu saya. Allah.manja betul makhluk
ini. Saya ckp pada dia, “black jangan nakal bila akk takde nanti”. Dia pandang
sambil mata macam nak tertido.haha. Kaka rindu kamu black.
Pada hari saya nak berangkat, saya cium dia. Suruh dia
tunggu kepulangan saya. \,dia hanya pandang kearah kereta. Seminggu saya di
shah alam, ibu beritahu,black demam. Ibu cakap dia tak nak makan, rindu kakak
kot. Hhehe. Setiap hari saya call,minta ibu buat loud speaker untuk beri dia
dengar suara saya. Kepala dia terus terangkat.tapi dia lemah. Ibu cakap asyik
tidur, xaktif macam dulu.
Masuk minggu kedua, sudah nampak perubahan,dia mula nak
makan tapi air kena suap. Cuaca panas sangat masa itu. Saya call lagi, saya
cakap, “black,tunggu akak balik ye.kakak balik minggu ni”. Tapi saya tak dapat
tunaikan janji saya sebab ,minggu yang sangat busy.
Sehinggalah subuh isnin itu, 22 march 2016, black pergi
meghadap ilahi di hadapan ruang tamu. Ibu cakap, dia tercungap-cungap.
Seolah-olah sakit menghadapi sakaratul. Mata dia pandang ke arah ibu. Ibu
xsanggup nak tengok. Cuba untuk suapkan air,tapi dah tak dapat masuk. Seusai
solat,lihat black sudah tidak bernyawa.
Ibu whatsapp,beritahu black sudah tiada. Saya tak mampu menahan
air mata dari terus mengalir.kakak tak dapat jumpa kamu black. Kakak tak dapat
jaga kamu, dukung kamu,belai kamu. Kakak jauh. Kakak tahu kamu tunggu
kakak,tapi kamu sudah terlalu lemah. Tidak mengapa black. Tunggu kakak di sana.
Kiki,ben,sukki dan black.
Masih terbayang setiap petang kena kejar dia untuk
dimasukkan dalam sangkar sebab takut ada anjing jahat buli dia di malam
hari.masih terbayang dia lari masuk bilik,cium pipi untuk kejut bangun. Masih
terbayang mata dia melihat kearah saya. Masih terbayang bila kami berKumpul
satu family di ruang tamu, dia pasti menyelit untuk duduk sekali.masih
terbayang setiap kali balik dari bandar, cepat dia masuk kereta.dia suka duduk
dalam kereta, suruh bawa dia jalan2. Sampai kena angkat untuk bawa dia keluar, dia
suka naik kereta. Suka sangat. Masih terbayang dia duduk di dapur menunggu ikan
siap direbus, sambil ekor panjang dia kekiri ke kanan.
Black,kamu sentiasa dihati akak. Kamu paling lama bersama
keluarga kami. Kini,tinggal kiko. Kami akan jaga adik kamu,kiko. Terima kasih
black beri kenangan terindah dalam hidup kami. Kakak rindu kamu. Kami semua
rindu kamu.
Mata degil |
manja teramat |
in memory,BLACK ~FD SABRI~1 APRIL 2016. |