Saturday, 17 May 2014

Dia, selamanya..

Assalamualaikum..


well.. hari ni... hari terakhir saya verkhidmat sebagai warga media untuk Jaip sempena majlis tilawan al-quran peringkat kebangsaan kali ke 57. Saye mengenali ramai orang. Berkenalan, dan membuatkan kita bertambah kawan. Hari ini, tak tahulah kenapa saya berasa sebak ketika berada di dalam dewan .

Seperti hari-hari sebelum,  saye memulakan tugas sebagai jurugambar untuk buletin edaran JAIP. Saya mengeliligi dewan, ke depan, kebelakang demi mencari shot gambar terbaik. Sedang tangan mengklik butang kamera, saya terkejut. Melihat makcik-makcik  yang wajahnya persis arwah nenek. Sampai saya hampir ingin ingin memeluknya, namun disedarkan dengan realiti. Nenek dah tiada, mana mungkin tiba-tiba hidup kembali.

Saya berhenti. Berdiri di luar dewan menenangkan diri. Ya Allah, kenapa begitu ramai wajah wanita seperti nenek. Saya rindu.. Dan hari ini, saya tidak dapat menahan air mata saya apabila seorang wanita mungkin baya arwah nenek duduk dihadapan saya. Beliau seorang saja. Sesekali, tangannya memaut kerusi di belakang. Saya perhatikan tangan itu. Subhanallah, tangan nenek. Ya Allah, hanya Allah yang tahu perasaan dalam hati ini. Ingin sahaja saya memegang tangan wanita itu. Tangan yang selalu membelai saya di kala diri ini ingin dimanjai, ketika diri ini dalam kesedihan. 

Allah, saye rindu figura nenek yang sudah 7 tahun meninggalkan saya. Saya bersalaman dengan wanita itu. Allah. Serupa. Saya rindu ... Mahabbah rindu yang tercipta hanya terubat dengan air mata. Saya pasti, kalau nenek masih ada bersama saya, dia antara salah seorang penonton tilawah al quran di dewan itu. 


"Dila Sayang Nenek"....

Yang merindui,
adilah

snap



khusyuk mengikuti bacaan qari qariah

No comments:

Post a Comment