Thursday, 15 May 2014

Media for Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan

Assalamualaikum...

Da lama tidak meng'update' blog. Sekarang, ada masa senggang, boleh lah nak menaip sedikit. Well.. Hari ni hari khamis,da genap 4 hari saya dan 2 orang lagi pelajar media berkampung di Hotel MS Garden untuk menjadi wartawan foto untuk terbitan buletin JAIP. Hmmm.... Selama 4 hari disini terlalu banyak kenangan pahit manis telah tercipta. Dan mungkin akan dicipta lagi. fuhh..

Hari pertama saya dan kak shuk tiba disini suasana agak kelam kabut. Kerana setibanya kami di hotel untuk check in, kami terus melakukan kerja kami sebagai jurugambar. Dalam keadaan yg agak kekeliruan, kami ikut sajalah. Walau malu mcm mane pun, we have to. Jadi kami memulakan tugas dengan agak segan silu...hehe.. 

Namun,kerana keseganan kami ini,telah membuatkan beberapa pihak mempersoalkan kualiti gambar. Ye, kami salah. Menjadi dan memilih bidang media ,sifat malu adalah nombor dua. Jika tidak,masakan kita boleh bertahan untuk terus berada dalam jurusan ini. Kami ditegur, dikritik kerana gambar yang agak tidak memuaskan hati editor. Kami akur, kelemahan kami dan kekurangan peralatan. 

Setelah ditegur, kami tiba di bilik hotel. Ustaz Ainud (pensy media), ada menelefon saya. Sebak dihati tidak dapat ditahan kerana kecewa dengan hasil kerja saya sendiri. Ditambah lagi dengan harapan yang diletak kepada kami untuk mengambil gambar Dato Najib (pm) pada malam perasmian. Mana tidaknya, terpaksa bersaing dengan jurugambar yang kebanyakkannya adalah lelaki. 

Malam itu, kami diuji dengan hujan yang sangat lebat. . Sampai sahaja di Dewan Jubli Perak dimana kesemua Qari dan Qariah serta pengunjung datang bagi melihat perasmian yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, kami berpandangan antara satu sama lain. "Ramainya".. Dan, hanya saya dan kak syukriah satu2nya wanita disitu dikelilingi jurugambar lelaki. Pada waktu itu, hati berbisik, "inilah pengalaman".  

pertama kali 
Ye, dalam fikiran saya , saya inginkan yang terbaik untuk media islam. Saya cuba berebut dengan wartawan-wartawan yang jauh lebih hebat, jauh lebih canggih peralatannya, jauh lebih cekap daripada saya. Saya tidak peduli, janji saya dapat beri gambar seperti mana yang editor mahukan. Namun,saya akur, kelemahan skill dan kekurangan peralatan, masih tidak dapat memuaskan hati editor kami. Tapi, melalui pergelutan antara wartawan, saya belajar dari pengalaman dan kesilapan. Saya berdiri sama tempat dengan mereka yang hebat-hebat. Subhanallah, kecil sangat saya ini (wpun fizikal agak besar :-p).

para peserta,pengiring dan urusetia mnunggu utk ke trowong
Keesokkan hari,saya diuji oleh Allah dengan demam selsema. Allahuakhbar. Pasti ada hikmahnya. Saya tetap kuatkan diri untuk perbaiki kelemahan diri.  Saya mula mengenali para peserta, para urusetia dan berjumpa pelbagai ragam. Saya hanya mampu tersenyum.



ustaz2 yang sporting

Qari

 "Aku memilih bidang ini bukanlah kerana ingin disanjung,dihargai apatah lagi untuk menunjuk-nunjuk, aku berada di bidang ini kerana minatku , LILLAHITAALA"..


Sincerely, 
Fd Sabri

No comments:

Post a Comment